Abang nak nikah dah

Assalamualaikum, hai semua. Saya doakan setiap umat Nabi Muhammad SAW sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah selalu.

Semakin dekat tarikh abang aku nak menikah, semakin aku rasa berdebar..hahaha..sepatutnya, pengantin yang rasa berdebar kan. Ni tak, adik dia pulak lebih-lebih. Macam-macam perasaan hadir dan datang bila abang dah nak menikah ni. Perasaan takut kehilangan, takut abang dah takde nak dengar luahan hati kita dan macam-macam lagi laaa...hmmmm apa-apapun, bro, aku doakan kau bahagia dengan pasangan kau hingga ke syurga eh. Aku sayang kau sangat abe.. Kaulah satu-satunya abang yang aku ada dan orang yang sentiasa buli aku dari kecik sampailah besar dah ni.

Ingat masa kecik-kecik dulu, kau takut dengan ayah, dan yang jadi mangsanya adalah aku...segala benda yang kau nak mintak dari ayah, kena melalui aku..kena marah pun aku lah dulu.. huhuu.. kenangan semua tu. Yang paling aku ingat sekali yang aku marah kau masa kecik dulu, masa aku ngaja ngaji...garang dan tegas tu memang dah darah daging aku..hahaha..sampaikan kau, abang pun aku marah dan rotan. Paling xleh blah, ingat tak masa kita main gusti dulu, kau tengok dalam tv yang hantuk kepala lawan semua tu...haaa sekali kau praktikkan dekat aku, berdarah hidung aku kot masa tu.. Nasib baiklah kau pujuk aku masa tu dan memang jenis aku susah menangis..kalau tak...haaa kau taulah nasib kau..hahaha.

Rasa macam mimpi plak kita 9 beradik ni dah besar panjang, dah bekerja dan masing-masing bawa haluan sendiri, berdikari semua. Rasa macam kita ni masih lagi budak-budak yang asyik duk main dan kena kejar dengan mak dan ayah dengan rotan..hahha..main polis sentri..main tembak-tembak pakai pistol kayu..main hujan..fuhhh banyak sungguh kenangan zaman kanak-kanak kita ek. 
Kalau nak cerita panjang-panjang dan banyak-banyak rasanya tak cukup sepanjang hidup kita ni nak bercerita kenangan sesama kita adik-beradik. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga Shukor dan Noriah dan kita semua dapat berkumpul bersama di syurga nanti. amiin. Aku sayangkan kalian semua kerana Allah dan semoga Allah membalas kasih sayang kita dengan rahmatNya.


Comments

Popular posts from this blog

Tawaran

Cinta