Posts

Showing posts from November, 2016

Abang nak nikah dah

Assalamualaikum, hai semua. Saya doakan setiap umat Nabi Muhammad SAW sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah selalu.

Semakin dekat tarikh abang aku nak menikah, semakin aku rasa berdebar..hahaha..sepatutnya, pengantin yang rasa berdebar kan. Ni tak, adik dia pulak lebih-lebih. Macam-macam perasaan hadir dan datang bila abang dah nak menikah ni. Perasaan takut kehilangan, takut abang dah takde nak dengar luahan hati kita dan macam-macam lagi laaa...hmmmm apa-apapun, bro, aku doakan kau bahagia dengan pasangan kau hingga ke syurga eh. Aku sayang kau sangat abe.. Kaulah satu-satunya abang yang aku ada dan orang yang sentiasa buli aku dari kecik sampailah besar dah ni.

Ingat masa kecik-kecik dulu, kau takut dengan ayah, dan yang jadi mangsanya adalah aku...segala benda yang kau nak mintak dari ayah, kena melalui aku..kena marah pun aku lah dulu.. huhuu.. kenangan semua tu. Yang paling aku ingat sekali yang aku marah kau masa kecik dulu, masa aku ngaja ngaji...garang dan tegas tu memang…

Keliru

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan bumi dan segala isiNya, selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW, turunnya sebagai rahmat kepada sekalian ummat.

Semakin lama, semakin rumit aku merasakan bagi memahami asal usul keturunanku. Sungguh, sangat sukar untuk aku memahami dari mana datangya lelhurku, hanya melalui penceritaan orang tuaku sahaja. Namun, ianya masih tidak jelas.

Mimpi juga datang bertalu-talu seolah-olah memberitahu sesuatu namun aku gagal dalam memahami setiap mimpi yang aku alami. Bagaikan ianya hanya sesuatu yang datang cuma seketika dan berlegar semasa mimpi itu cuma, dan akan terhapus bila aku kembali ke alam nyata. Semoga Allah mentakdirkan aku untuk dapat menjejak kembali salasilah keluargaku. InshaAllah amiin.