Posts

Cinta

Segala puji bagi Allah dan selawat salam kepada junjungan besar Baginda Nabi SAW. Segala puji dan puja bagi Allah yang menjadikan cinta atas setiap makhluknya. Yang mewujudkan rasa cinta itu. Syukur dan terima kasih buat junjungan yang Mulia Nabi Muhammad SAW yang menyampaikan cintaNya kepada setiap ummat. Kerana cinta baginda Nabi, kita mengenal cinta kepada Allah. Kita mengenal apa itu ihsan, kasih sayang, hubb.

Aku mencintai dia kerana Allah jua. Betapa dia lah teman, dia lah sahabat, dia lah kekasih hati, dia lah segalanya. Segala rahsia dan kecintaanku ada padanya. Aku doakan semoga Allah sentiasa menjaga dirinya, sentiasa menjadi yang terbaik buat dirinya. Aku doakan diriku mampu untuk menjaganya sampai bila-bila.

Semoga kita berjumpa dan berkumpul di syurga kelak bersama baginda nabi SAW. Sungguh, aku mencintaimu duhai kekasih hati, sahabat dunia akhirat. Moga engkau sentiasa dirahmati.

Catatan dari Hati

Asalamualaikum

Aku mulakan catatan pada hari ini dengan ummul kitab, al fatihah..amiin ya rabbal alamin.

Mencintai banginda Nabi SAW dengan sepenuh hati dan sepenuh penghayatan adalah idaman setiap manusia yang beriman. Mencintai Allah jua dengan sebenar-benar cinta adalah impian setiap manusia yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana hanya dengan rahmat Allah dan kasih sayang dari Pencipta yang menjadikan kita hamba yang baik, makhluk yang bermanfaat kepada makhluk yang lain.

Ramai antara kita, termasuk diri yang faqir ini mendambakan kasih sayang Allah, merindukan kasih Rasulullah, mengharapkan zaman kegemilangan Islam sepertimana ketika zaman adanya para sahabat yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya.

Tawaran

Image
Haiii assalamualaikum..

Sempena dengan cuti umum sempena sambutan Deepavali pada 18hb Oktober 2-17, Kak Yam bermurah hati buat tawaran ni tau..jimat berbaloi sangat tawaram ni. lepas ni dah tak ada dah.


TAWARAN KEBABOOM!!

­čś×Jeragat
­čśöJerawat
­čśöBlackhead
­čśöWhitehead
­čś×Kulit berminyak

❌x sempat nak gi spa
❌x der peruntukan $ untuk ke spa sekerapnya
❌x der masa nak gi spa

Penyelesaiannya adalah..
Jom, luangkan hanya SEKALI dan belajar sampai pandai. Kemudian boleh buat sendiri kat rumah.

Kenapa perlu sekarang?
Bersempena dgn cuti umum ni, harga untuk DIY Home spa bersama Kak Yam kali ini hanyalah RM20 sahaja. Jom manfaatkan masa cuti dengan luangkan masa selama 2 jam pelajari ilmu untuk diri sendiri.

Jom, pm atau wassap terus pada Kak Yam ye.

Berniaga

Image
Assalamualaikum....saya doakan semua yang baca tulisan saya ini dirahmati dan dilindungi oleh Allah selalu.

Dah lama rasanya tak update blog ni.. ye lah sebab kita bukan jenis yang suka menulis dan mencorat coret...kita ni jenis yang suka bercakap..hahaha..tapi ni cuba untuk menulis, sekadar mencuba untuk menyimpan memori dan kenangan melalui penulisan.

Saya sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan...ayah saya suka berniaga dan minat ayah saya itu jatuh kepada saya..ya! saya sangat suka berniaga, tapi setakat hari ini, apa yang saya niagakan selalunya haya sampai separuh jalan sahaja..hahaha..saya pun tak tahu kenapa..nak kata tak pergi kursus..dah berlambak kursus yang saya sertai berkaitan bidang yang saya ceburi..

Dulu saya mula-mula berniaga buku di UiTM, jual kurma masa bulan puasa, jual nasi kerabu, ambil upah kerja catering, kedai makan, saya buat bisnes printing, jual dan ambil tempahan tshirt...ni semua aktiviti perniagaan saya semasa di UiTM. Bila da…

Abang nak nikah dah

Assalamualaikum, hai semua. Saya doakan setiap umat Nabi Muhammad SAW sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah selalu.

Semakin dekat tarikh abang aku nak menikah, semakin aku rasa berdebar..hahaha..sepatutnya, pengantin yang rasa berdebar kan. Ni tak, adik dia pulak lebih-lebih. Macam-macam perasaan hadir dan datang bila abang dah nak menikah ni. Perasaan takut kehilangan, takut abang dah takde nak dengar luahan hati kita dan macam-macam lagi laaa...hmmmm apa-apapun, bro, aku doakan kau bahagia dengan pasangan kau hingga ke syurga eh. Aku sayang kau sangat abe.. Kaulah satu-satunya abang yang aku ada dan orang yang sentiasa buli aku dari kecik sampailah besar dah ni.

Ingat masa kecik-kecik dulu, kau takut dengan ayah, dan yang jadi mangsanya adalah aku...segala benda yang kau nak mintak dari ayah, kena melalui aku..kena marah pun aku lah dulu.. huhuu.. kenangan semua tu. Yang paling aku ingat sekali yang aku marah kau masa kecik dulu, masa aku ngaja ngaji...garang dan tegas tu memang…

Keliru

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan bumi dan segala isiNya, selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW, turunnya sebagai rahmat kepada sekalian ummat.

Semakin lama, semakin rumit aku merasakan bagi memahami asal usul keturunanku. Sungguh, sangat sukar untuk aku memahami dari mana datangya lelhurku, hanya melalui penceritaan orang tuaku sahaja. Namun, ianya masih tidak jelas.

Mimpi juga datang bertalu-talu seolah-olah memberitahu sesuatu namun aku gagal dalam memahami setiap mimpi yang aku alami. Bagaikan ianya hanya sesuatu yang datang cuma seketika dan berlegar semasa mimpi itu cuma, dan akan terhapus bila aku kembali ke alam nyata. Semoga Allah mentakdirkan aku untuk dapat menjejak kembali salasilah keluargaku. InshaAllah amiin.

NSM Rich Network

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT
Hari ini saya telah memulakan satu langkah baru dalam hidup saya iaitu saya telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan. Walaupun hingga sekarang, saya masih lagi teragak-agak mahu menjalankan bisnes apa, namun saya yakin yang saya mampu dengan anugerah yang telah Allah kurniakan pada saya. Bukankah 9/10 rezeki itu datangnya daripada berniaga. Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri berniaga. Saya mahu berubah kearah yang lebih baik dan positif. Dan saya lihat berniaga adalah satu cara yang dapat mendekatkan diri saya lebih lagi kepada Allah dan Rasul. Dengan berniaga, tawakal pada Allah itu sangat tinggi. 
Pada tanggal 25.4.2016, hari Isnin, saya telah mendaftarkan perniagaan saya iaitu perniagaan berasaskan affiliate marketing dan juga perniagaan atas talian. Saya namakan syarikat saya NSM Rich Network. Kenapa saya letak nama tersebut? Pertamanya NSM itu adalah nama saya sendiri, Nik Siti Mariam. Rich Network merujuk kepada rangkaia…