Wednesday, May 4, 2016

NSM Rich Network

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Hari ini saya telah memulakan satu langkah baru dalam hidup saya iaitu saya telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan. Walaupun hingga sekarang, saya masih lagi teragak-agak mahu menjalankan bisnes apa, namun saya yakin yang saya mampu dengan anugerah yang telah Allah kurniakan pada saya. Bukankah 9/10 rezeki itu datangnya daripada berniaga. Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri berniaga. Saya mahu berubah kearah yang lebih baik dan positif. Dan saya lihat berniaga adalah satu cara yang dapat mendekatkan diri saya lebih lagi kepada Allah dan Rasul. Dengan berniaga, tawakal pada Allah itu sangat tinggi. 

Pada tanggal 25.4.2016, hari Isnin, saya telah mendaftarkan perniagaan saya iaitu perniagaan berasaskan affiliate marketing dan juga perniagaan atas talian. Saya namakan syarikat saya NSM Rich Network. Kenapa saya letak nama tersebut? Pertamanya NSM itu adalah nama saya sendiri, Nik Siti Mariam. Rich Network merujuk kepada rangkaian yang kaya. Rangkaian yang kaya disini saya mahu tonjolkan bahawa dalam hidup kita perlu ada rangkaian yang banyak dan ramai. Perlunya berhubungan baik sesama manusia dan saling bantu membantu antara satu sama lain terutamanya sesama umat Islam. Kaya....siapa yang tidak mahu jadi kaya. Semua orang mempunyai harapan dan cita-cita untuk menjadi kaya. Sama jugalah saya. Saya mahu kaya akhlak, kaya ilmu, kaya ibadat, dan kaya semuanya untuk bahagia dunia dan akhirat. Amiin. 

Apabila pertama kali melihat nama syarikat itu didaftarkan atas nama saya sendiri, rasa seperti saya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terhadap diri saya sendiri dan juga umat Islam. Semoga saya berjaya berkat usaha dan pertolongan daripada Allah Taala. Insha Allah.

Dan jangan lupa untuk sentiasa perbanyakkan berzikir mengingati Allah dan berselawat kepada Rasulullah. Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa'ala aalihi wasohbihi ajmain.

No comments: